Gunung Berapi Indonesia Meletus

Gunung Berapi Indonasia Meletus

MELBOURNE, (Bernama) - Pihak Perkhidmatan Udara Autralia mula melencung penerbangan pesawat antarabangsa bagi mengelak asap tebal yang berlaku dari letupan gunung berapi Indonesia. sekurangnya tiga kali sejak Jumaat lalu.

Australian Associated Press melaporkan penerbangan dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin tela dibatalkan hari ini (Sabtu) kerana debu merentasi kawasan Top End dan menghala ke alice Springs. Truss berkata debu berlaku antara 6 hingga 13 kilometer di atmosfera dan sedang menghala ke barat daya utara Australia.

"Bergantung kepada keadaan angin dan cuaca, debu boleh menjejaskan penerbangan dari dan menuju ke lapangan terbang lain termasuk Brisbane, dalam tempoh beberapa hari ini. Ia sedang dipantau sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan Udara Australia, Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam dan Biro Meteorologi sedang memantau debu. Para penumpang diminta mendapat maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan mereka.
Baca Selengkapnya

Ada Kalanya Hospital Bukanlah Tempat Yang Selamat

Ada Kalanya Hospital Bukanlah Tempat Yang Selamat
Antara Pesakit Yang Berjaya melarikan Diri Dari Kebakaran
SEOUL - KOREA SELATAN: Sekurang-kurangnya 20 pesakit dan jururawat terbunuh manakala enam lagi parah dalam kebakaran di Hospital Hyosarang, di daerah Janseong iaitu 300 km dari Seoul, awal pagi tadi

BBC melaporkan, mangsa yang maut merupakan pesakit warga emas berusia 70 hingga 80 tahun.

Menurut pegawai, mangsa yang meninggal dunia disebabkan sesak nafas akibaakaran asap tebal.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadam dalam tempoh setengah jam kemudian- Sumber.
Baca Selengkapnya

Manusia Yang Berlidah Biawak

*r
/Manusia Yang Berlidah Biawak
Anda boleh tipu orang Tapi anda tak boleh tipu diri sendiri
Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud yang mengaku sebagai peguam dilaporkan sebenarnya menipu mengenai kelayakan beliau itu. Ekoran pengakuan Dyana itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan mengecam pembohongan Dyana itu. Dyana-Bar-Council.

"Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalan Peguam" kata Haesreena yang dipetik portal televisyen web (web tv), Suara TV.

Haesreena menjelaskan, seseorang yang hanya memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang tetapi tidak melaksanakan tugas harian sebagai seorang peguam, atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam bukanlah peguam, malah tidak boleh diketegorikan sebagai peguam.

Beliau juga merupakan seorang pengamal undan-undang berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh. "Pada saya sekiranya calon tidak berterus terang berkenaan profesyen beliau secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

"Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukanya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesyen guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam" tegas Haesreena lagi.

Turut mempertikaikan kelayakan yang mengaku peguam Dyana ialah penasihat undang-undang Persatuan Kebajikan Shah Alam, Ahmad soffian Mohd Shariff.

Manusia Yang Berlidah Biawak
Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP terpaksa jadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawab soalan media.
Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP kelihatan terpaksa menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawab soalan media. Soffian, 27, berkata, seorang peguam wajib berdaftar dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk beramal dalam profesyen  itu dan mewakili mana-mana pihak atau individu.

"Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai 'non-practising lawyer'. "Untuk makluman 'non-practising lawyer".

"Untuk makluman 'non-practising lawyer' bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja. "Macam mana nak kata dia  peguam, sedangkan dia tidak mengamal undang-undang?" katanya juga dilaporkan portal tv web Suara TV.

Soffian yang juga graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, secara dasarnya mana-mana firma guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja.

"Sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi. "Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.

"Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggil sebagai seorang peguam," tegas Soffian. Dyana sebelum ini mendakwa beliau seorang peguam namun sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberi fokus dalam bidang politik.

"Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah dipanggil non-practicing lawyer dan saya (seorang peguam") kata Dyana mengatakan beliau menjadi peguam pada tahun 2011.
Baca Selengkapnya

DNA Khinzir Dalam Coklat Cadbury

DNA Khinzir Dalam Coklat Cadbury
Coklat Cabury Tidak Halal
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk. Dalam sebuah kenyataan hari ini, berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.

Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Milk dengan nombor kelompok (batch no) 200813Mo1H I2 yang bertarikh luput pada 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013No1R1 I1 yang bertarikh luput pada 15 January 2015.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir. Tambah Noor Hisyam, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn telah memberi jaminan akan menarik balik  produk-produk terbabit dari pasaran serta merta.

"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," katanya. Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Kesihatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmq

Sementara itu, Cadbury dalam facebook nya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia di sah kan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam  (JAKIM) -FMT
Baca Selengkapnya

Penjaga Gol Berkaki Satu

Penjaga Gol Berkaki Satu
Hebat nya dia beraksi dengan berkaki satu

Satu kemalangan motosikal pada 1996 menyebabkan kaki kiri Alexandre Toledo terpaksa di potong. Insiden itu bagaimanapun tidak melunturkan semangat bekas pemain bolasepak profesional di negeri Minas Gerais, Brazil ini untuk terus bergiat aktif dalam sukan kegemarannya sebagai penjaga gol Kelab Moleque Travesso - Foto Reuters

Baca Selengkapnya

BerIngat Sebelum Kena

 
 
 
BerIngat Sebelum Kena
 
Beringat sebelum terkena, ambillah ikhtibar dengan kejadian ini. Jika kita berhati-hati dan berwaspada selalu InsyaAllah kemalangan dapat kita hindarkan. Jika sudah nak kena juga maka barulah dikatakan taqdir, yang pentingnya kita perlu berhati-hari sentiasa.
 
Jangan kita tanya bila kejadian ini, siapa nak mangsa dan dimana tempat kejadian. Rasanya tak perlu kita ambil tahu cuma apabila melihat keadaan gambar ini, kita kena ambil ikhtibar.
Baca Selengkapnya

Seorang Lagi Memileki Simulator

Seorang Lagi memileki Simulator
Semangat yang tinggi: Richard Hucthinson dengan Boeing 737-800 penerbangan simulator beliau.

Seorang pilot Wannabe tela membelanjakan wang yang banyak menukar bilik tidur diubahsuai seperti didalam kopkit replika Boeing 737. Penerbangan simulator Richaard Hutchinson adalah hampir sama dengan perkara yang sebenar - lengkap dengan potensi kerosakan mekanikal dan keadaan cuaca buruk.

Pengawal keselamatan Richard boleh berlepas dari mana-mana lapangan terbang di dunia dengan kerap berlaku di penerbangan fantasi ke lokasi eksotik. Beliau berkata: "Semua suis dan lampu kerja, Syarat-syarat adalah kira-kira 99% realistik.

"Saya pernah terbangkan pesawat sebelum ini tetapi say fikir jika saya perlu saya sentiasa boleh. "Tetapi anda sentiasa belajar. Saya mempunyai simulator selama lima tahun dan masih ada perkara yang saya belajar sekarang. Ia baik hobi yang menyeronokkan".

Richard . Peterborough, Cambs, peralatan dan perisian dari seluruh dunia untuk membina simulator beliau perolehi. Beliau membolehkan peminat pesawat lain menggunakannya dan juga memjemput Risalah saraf untuk menyertainya dan mengatasi ketakutan mereka.

Richard, 58, berkata: "Saya seorang telah datang di sini yang tidak akan pergi dalam kapal terbang dan kemudian pergi bercuti di kapal terbang buat kali pertama".

Richard belajar dari bapanya, yang berkhidmat dalam RAF, tetapi isterinya Sally, 52, tidak berkongsi lansung dengan minat beliau. Beliau berkata: "Dia lansung tiada berminat, tetapi dia tidak menghalang saya memileki simulator, sekurang-kurangnya dia tahu dimana saya".
Baca Selengkapnya

Imbas Lansung PM Hadhiri Majlis Kenduri?

Imbas Lansung PM Hadhiri Majlis Kenduri
Bergambar kenangan bersama mempelai

Imbas Lansung PM Hadhiri Majlis Kenduri
Para jemputan menyambut ketibaan PM

Imbas Lansung PM Hadhiri Majlis Kenduri
Jurugambar merakamkan ke hadhiran PM
Meleset tomahan pembangkang menyatakan pelbagai tentang hubungan PM dengan bekas MB Terengganu.

Baca Selengkapnya

Kemalangan Maut

Kemalangan Maut
Motosikal mangsa telah bertembung dengan kereta yang dipandu seorang guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang, pada pukul 7.30 pagi tadi

SETIU, 16 MEI
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 2 Jalan Sungai Pinang, Kampung Jelapang disini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata mangsa Mohd Khalid Rusydan Hamat, 16 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalak di sini di percayai dalam perjalanan ke sekolahnya di sini.

Katanya, motosikal mangsa telah bertembug dengan kereta yang di pandu seorang guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang, pada pukul 7.30 pagi tadi. "Ketika kejadian motosikal mangsa sedang mendaki bukit sementara kereta berkenaan sedang menurun bukit lalu bertembung ditengah jalan dari arah bertentangan," katanya kepada Bernama disini hari ini.

Susulan dari kejadian itu mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di belakang kepala manakala guru berkenaan pula hanya mengalami cedera ringan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk di bedah siasat.

Sementara itu dalam kejadian berasingan seorang pejalan kaki warga emas maut selepas di langgar oleh sebuah motosikal di tunggangi oleh seorang remaja berusia 15 tahun, di Kilometer 69, Jalan Kuala Terngganu-Pemaisuri berhampiran Kampung Bukit Abal dekat sini jam 9.15 malam tadi.

Ab Rahman berkata, mangsa Wan Som Budin @ Wan Som Wan Nik. 73, dalam perjalanan pulang kerumahnya selepas selesai menunaikan solat Isyak di surau berhampiran.

Bagaimanapun mangsa yang parah meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira pukul 1.20 pagi tadi
Baca Selengkapnya

Bomoh Tradisional Ditahan

Bomoh Tradisional Ditahan
Pesakit yang inginkan mendapat rawatan perlu membawa satu kilo limau nipis, garam dan lada hitam.
Bukit Mertajam 14 Mei
Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan itu, di Permatang Pauh disini.

Turut di tahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelar dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 tahun dan 40 tahun.
Baca Selengkapnya

Thailand Gagal Lindungi Keselamatan Rakyat

Thailand Gagal Lindungi Keselamatan Rakyat
Pihak keselamatan juga mempertimbangkan kembali perlaksanaan tugas mengawal keselamatan dalam kawasan bandar supaya lebih selemat - Gambar Bangkok Post

Yala 13 Mei
Tempat-tempat kegiatan ekonomi yang menjadi sasaran pengeboman dan keganasan di selatan Thailand bertujuan untuk menunjukkan bahawa kerajaan tidak dapat melindungi rakyat, kata seorang pegawai tentera.

Leftenan General Valid Rothchanapakdee, Komander tentera ke-4 di Selatan Thailand berkata kalau ekonomi dalam kawasan terlibat merosot rakyat pun susah.

Maka dalam insiden berkenaan, tindakan segera yang diambil ialah membayar pampasan kepada mangsa dan mencari orang yang bertanggungjawab melakukan pengeboman supaya dapat dihadapkan ke mahkamah, kata beliau.

Pihak keselamatan juga mempertimbangkan kembali perlaksanaan tugas mengawal keselamtan  dalam kawasan bandar supaya lebih selamat. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengeboman di wilayah Yala dan Narathiwat yang berlaku dari malam tadi hingga pagi ini dengan berbelas bom yang diletupkan.

Permiserniagaan dan juga sekolah serta hospital adalah diantara sasaran serangan pengeboman terancang tersebut dengan sekurang-kurangnya seorang maut dan sembilan cedera. Seorang Pegawai Bomba, Naris Yusof berkata kebakaran berlaku kerana bon itu diletakkan bersama bahan api.

Beliau berkata di Sungai Padi, tiga kereta bomba dihantar untuk memadam api, tetapi hanya satu berjaya sempat sampai ke tempat kejadian kerana dua lagi disekat oleh pengganas. Beliau berkata ada juga percubaan membakar balai bomba tapi gagal.

Di wilayah Yala, 13 kejadian serangan ke atas permis perniagaan dan sekolah berlaku, iaitu 10 dengan bom yang diletupkan, satu tembakkan menggunakan peluru M79 dan kejadian membakar tayar.

Di Narathiwat, 12 bom yang di letupkan, empat berjaya dimatikan, dan dua buah sekola tela dibakar. Di Sungai Golok, lapan butir bom meletup manakala empat lagi dapat dimatikan dan empat butir bom meletup di pekan Takbai.

Pada jam tiga pagi tadi, serangan bom turut dilakukan di Bandar Sungai Golok yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan, dengan sasaran adalah pusat membeli belah. Di Sungai Padi, dua kebakaran berlaku akibat letupan bom, dua sekolah kerajaan dibakar manakala dua gudang stor di bom menyebabkan kebaran.    
Baca Selengkapnya

Gempa Bumi Di Thailand

Gempa Bumi Di Thailand

Bangkok, 5 Mei 2014
Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda bahagian utara Thailand  mengakibatkan beberapa bangunan dan jalan rosak.

Menurut Biro Seismologi Jabatan Meteorologi Thailand, tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Gempa yang mempunyai kedalaman 10 meter itu berlaku pada 6.08 petang di daerah Phan, Chiangmai dan gegeran turut di rasai wilayah berdekatan.
Baca Selengkapnya

Kepulan Asap Ditengah Kota

Kepulan Asap Ditengah Kota

KUALA LUMPUR, 3 MEI
Dua Buah rumah setinggan di Kampung Kavil Hilir Kuala Lumpur terbakar dalam satu kejadian tengahari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi bomba kuala lumpur (PGOKL) menerima paggilan kecemasan kebakaran pada jam 12.49 tengahari

"Sejurus menerima panggilan, PGOKL mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat sentul, Hang Tuah dan Gombak Selatan segera ketempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati dua buah rumah setinggan sedang marak dijilat api dan memerlukan bantuan jentera dan anggota," katanya.

Menurut beliau, anggota bomba masi mengawal kebakaran ketika itu laporan lanjut akan diberitahu kemidian.
Baca Selengkapnya

Gambar Bercerita

Gambar Bercerita
Pokok tumbang menyebabkan kerosakkan kepada beberapa kereta yang diletakkan berhampiran pusat membeli belah Ipoh Parade di Ipoh semalam berikutan hujan lebat. (gambar BERNAMA)
Gambar Bercerita
1 Mei 2014 - Anggota Bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang berlaku dikedai tayar dan baiki kereta di Jalan Baserah Kuanta. (gambar BERNAMA)
 
30 April Bahagian Unit Udara Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 mengambil gambar dipengkalan Piere di Bullsbrook Perth (gambar BERNAMA)
 
Baca Selengkapnya

Lagi Kes Pemandu Bas Ekspres Mengambil Dadah

Lagi Kes Pemandu Bas Ekspre Mengambil Dadah
Gejala pengambilan dadah perlu dibendung kerana bas yang dipandu laju boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa penumpang.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan mengesan tred baharu pemandu bas khususnya bas ekspres yang mengubah pengambilan dadah jenis ganja kepada syabu berikutan kesan pengambilannya  yang lebih lama.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan. Saiful Azzri Hamzah berkata pemandu bas terbabit mengambil dadah tersebut bagi membolehkan mereka memandu bas lebih lama untuk mengejar trip perjalanan, selain ia senang disembunyikan.

"Itu adalah antara alasan yang diberikan pemandu bas apabila ditahan pihak berkuasa selepas didapati positif dadah hasil ujian air kencing. dadah sintetik atau apa pun syabu ini apabila diambil menyebabkan individu yang mengambilnya bole tahan berjam-jam.

Seperti mana yang kta ketahui, sebahagian atau pun segelintir daripada pemandu bas ekspres ini mengejar trip. itu sebabnya ada pemandu bas ekspres ini membawa laju untuk mengejar trip," katanya selepas operasi bersepadu 'Operasi Bas Ekspres' oleh JPJ dan AADK di Terminal 1.

Katanya gejala ini sangat membimbangkan dan perlu dibendung kerana apabila bas dipandu laju ia boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa penumpang.

Katanya sepanjang operasi yang bermula 21 April lalu hingga malam tadi, sebanyak 114 bas dan 299 pemandu bas diperiksa dan daripada jumlah pemandu yang diperiksa, tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.

"ketiga-tiga pemandu yang berumur 30 hingga 45 tahun telah ditahan dalam operasi di stesen bas terminal 1. Tindakan tegas mengikut Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan bahan terlarang itu dengan membatalkan lesen pemanduan mereka," katanya.

Baca Selengkapnya

Pencarian Bangkai MH370 Semankin Rumit

Pencarian Bangkai MH370 Semankin Rumit
Tony Abbott berkata fasa terbaru pencarian MH370 memfokas didasar laut.

Sydney, 28 April - Perdana Menteri, Tony Abbott hari ini berkata, terdapat kemungkinan tinggi tiada sebarang serpihan pesawat M370 yang hilang, akan ditemui dipermukaan Lautan Hindi.

Beliau berkata, fasa terbaru ini bermula dengan kawasan dasar laut akan diperluaskan dalam operasi mencari pesawat tersebut.

Abbott juga menyatakan setiap negara akan menanggung kos masing-masing dalam operasi pencarian ini.

"Ini kemungkinan pencarian yang amat rumit dalam sejarah manusia. Sekarang kami mencari hampir 400 kilometer persegi dibawah laut," katanya.
Baca Selengkapnya

Empat Pemandu Bas Positif Dadah

Empat Pemandu Bas Positif Dadah
JPJ menahan empat pemandu bas ekspres di tiga negeri sejak selasa lalu, selepas ujian air kencing mereka di dapati positif dadah.

Empat pemandu bas ekspres yang didapati positif dadah, ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak ujian air kencing terhadap pemandu bas dimulakan selasa lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad , berkata daripada kira-kira 622 pemandu yang diperiksa distesen bas ekspres seluruh negara, dua ditahan di Negeri Sembilan serta masing-masing sorang di Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

"Kesemua pemandu yang positif dadah dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan buat sementara waktu ini, kita gantung lesen mereka," katanya. selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Utara pada Sabtu.

Mereka akan disiasat mengikut seksyen 36 Akta Pengangkuta  Jalan 1987.

Jelasnya, JPJ turut mengarahkan anggotanya menyamar sebagai penumpang bas ekspres untuk merekodkan kesalahan pemandu sepanjang menuju destinasi ditetapkan.

"Jika pemandu melakukan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu, mereka akan disaman sejurus tiba distesen bas." katanya. JPJ juga turut menempatkan anggotanya dikawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi memeriksa sama ada pemandu pertama dan kedua mengambil giliran masing-masing selepas memulakan perjalanan 300km dari stesen.

Sementara itu, Ismail berkata, pendaftaran kenderaan baru boleh dibuat secara dalam talian mualai 1 Mei nanti, sekaligus memudahkan pembeli kereta tanpa perlu ke kaunter JPJ. Bagi fasa pertama, empat model terbabit, iaitu Proton, Perodua, Honda dan Toyota.

Katanya, pemilik kenderaan baru juga boleh meliat nombor pendaftaran secara dalam talian, tetapi mereka perlu mendaftar terlebih dahulu si laman sesawang JPJ sebelum boleh berbuat demikian.  

Baca Selengkapnya

Minuman Bersoda Dan Gas Boleh Membunuh Ramai Sepanjang Tahun

Minuman Bersoda Dan Gas boleh Membunuh Ramai Sepanjang Tahun
MInuman ber gas dan bergula yang membahayakan kesihatan.
Ia membimbangkan bahawa kebanyakkan rakyat Amerika minum minuman manis. Malah propoganda (iklan) berkempen secara besar2an bermula kembali sepanjang tahun. Walau bagaimanapun pada masa yang sama ada minuman lain yang dibuat dengan gula sebenar berbanding dengan fruktosa tinggi sirap jagung yang digunakan dalam kebanyakkan minuman hari ini sebagai satu bentuk pemanis (sejenis kanser) malah penyelidik dari Universiti California Los Angeles juga mengesahkannya.


Penemuan mereka yang telah diterbitkan  dalam jurnal Penyelidikan kanser, boleh membantu  menjelaskan kajian awal yang telah mengaitkan pengambilan fruktosa dengan kanser pankreas, salah satu bentuk yang dahsyat penyakitnya.
 
    "Penemuan ini menunjukkan bahawa sel-sel kanser sedia boleh memetabolismakan fruktosa untuk  meningkatkan percambahan," kata Dr Anthony Heaney daripada Jonsson Pusat Kanser UCLA dan rakan-rakan menulis pada 2010.
 
"Mereka mempunyai kepentingan besar untuk penyakit kanser diberi penggunaan fruktosa halus pemakanan, dan menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan pengambilan fruktosa halus atau menghalang tindakan fruktosa-pengentara boleh mengganggu pertumbuhan kanser,"katamya.
 
Amerika lebih daripada orang di kebanyakkan negara perindustrian lain , mengambil jumlah yang luar biasa daripada fruktosa, fruktosa terutamanya tinggi sirap jagung, yang merupakan campuran fruktosa dan glukosa digunakan sebahagian besarnya dalam soda, roti dan pelbagai makanan yang diproses lain.
 
 
Baru-baru ini  kajian ole Persatuan Jantung Amerika menonjolkan berikut;
  • Minuman gula-manis bole dikaitkan kepada kira-kira 180,000 kematian didunia setiap tahun.
  • Negara-negara di Caribbean/Amerika Latin mempunyai antara kematian kadar tertinggi penyakit kencing manis kerana pengambilan minuman bergula.
  • Kira-kira 25,000 kematian di Amerika  Syarikat setiap tahun boleh dikaitkan dengan minuman gula-manis.
Kajian seterusnya untuk membaca;
 
Gula manis minuman dimakan seluruh dunia dan menymbangkan kepada berat badan yang berlebian yang meningkat risiko mendapat kencing manis , penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser. menggunakan data yang dikumpul sebagai sebahagian  daripada 2010 Bebal Global Penyakit Kajian,
penyelidik dikaitkan pengambilan gula manis minuman untuk 133,000 kematian kencing manis, 44,000 kematian akibat penyakit kardiovaskular dan 6,000 kematian akibat kanser. Tujuh pulo lapan peratus daripada kematian ini kerana terlalu memakan minuman manis adalah di negara-negara yang rendah dan sederhana. dan bukan daripada negara yang tinggi.
 
"Di Amerika Syarikat kajian menunjukan bahawa kira-kira 25,000 kematian pada tahun 2010 telah dikaitkan dengan minuman gula manis", kata Gitanjali M Singh, Ph.D, penulis kajian dan felo penyelidik postdoktoral di Sekolah Harvard Kesihatan Awam  di Boston, Mass.
 
Penyelidik dikira kuantiti gula manis pengambilan minuman diseluruh dunia mengikut umr dan jantina , kesan penggunaan ini mengenai obesiti dan kencing manis dan kesan obesiti dan kematian. Yang berkaitan dengan diabetes. Daripada sembilan rantau dunia . Amerika Latin/Caribbean mempunya kematian kencing manis yang paling (38,000) berkaitan dengan pengambilan minuman manis pada 2010. Antara Timur Tengah Eurasia mempunyai nombor terbesar kematian kardiovaskular (11,000) yang berkaitan  dengan pengambilan minuman manis pada 2010. Antara 15 negara didunia yang paling ramai penduduk , Mexico - adalah satu daripada negera-negara dengan penggunaan tertinggi per kapita minuman manis didunia - mempunyai kadar kematian tertinggi akibat minuman ini, dengan 318 kematian bagi setiap juta oarang dewasa dikaitkan dengan gula manis pengambilan minuman
 
Kajian ini juga mendapati bahawa Jepun, yang sebagai sebuah negara menggunakan minuman kurang manis dari negara yang lain, sememangnya sihat dari segi kematian dikaitkan dengan minuman bergula.
 
Hakikatnya ramai ramai rakyat Amerika tidak sedar baawa soda dan minuman bergula dan lain adalah tidak sihatuntuk mereka dan kita semua kerana telah dibawa keatas dan dibangkitkan dengan iklan soda menolak propoganda itu, apa-apa cara yang mereka mampu. kini pada tahun 2013 beberapa melihat jenis retorik ini sebagai satu cara untuk mungkin menghadkan dan atau pembuat minuman yang memilih untuk menolak produk yang tidak sihat. Sekurang-kurangnya itula apa yang penulis kajian itu Gitanjali Singh berkata.
   
Baca Selengkapnya

King Terkaya Dunia

King Terkaya Dunia
King Bhumibol Adulyadej

King Bhumibol Adulyadej, 87 taun masih menjadi raja Thailand. Baginda naik tahta pada Jun 1946, berikut kemangkatan saudara baginda yang ditembak. King bhumibol merupakan raja yang paling lama dalam sejarah Thailand. Baginda memiliki harta kira-kira $30 billion - RM97 billion.
King Terkaya Dunia
Sultan Hassanal Bolkiah

Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Muhum Sultan Haji Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, 68 tahun naik tahta setelah kemangkatan ayahanda baginda pada bulan Oktober 1967.

Baginda dikatakan memiliki kira-kira RM65 billion yang berasal dari sumber minyak Negara Brunei. Sultana Hassanal Bolkiah terkenal dengan dengan hobi kumpul kereta mewah.
 
King Terkaya Dunia
King Abdullah Saudi Arabia

King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, 97 tahun senarai raja yang paling berusia. Baginda memiliki lebi 30 isteri dan lebih 40 orang anak! King Abdullah naik tahta setalah kemangkatan saudara baginda, King Fahd bin Abdulaziz. Baginda memiliki harta kira-kira $18 billion RM58 billion


Baca Selengkapnya

Panas Sultan Kena Tangkap

Panas Sultan Kena Tangkap
Bendera kesultanan Sulu dipasang dirumah seorang lelaki yang diberkas dalam satu operasi dikampung Long Danau, Lahad Datu.

Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberikuasa ole "Sultan Sulu' untuk mengurus orang Suluk yang berada didaerah ini diberkas pada Selasa, di Kampung Long Danau, kra-kira 16km dari bandar Laad Datu.

Lelaki yang berusia 57 tahun itu ditahan 5.30 pagi, dalam operasi khas diselaraskan Kawasan Kelselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan Esscom.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek, berkata lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri boleh mempengaruhi semangat patriotik orang-orang Suluk yang sudah lama menetap atau menjadi warga negara dinegeri ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki yang hanya memiliki salinan kad pengenalan itu diatas faktor keselamatan.

Pihak Esscom mengesan bendera itu dipasang dirumah lelaki berkenaan semasa anggota keselamatan Esscom membuat rondaan 9 malam disitu Ahad lepas.

"Anggota kita yang membuat rondaan melihat ada bendera tersebut dipasang sisalah satu rumah dikampung tersebut yang telah menimbulkan rasa curiga dan berikutan dengan itu anggota keselamatan tersebut telah melaporkan perkara itu kepada Bahagian Pertahanan Esscom dan serusnya memaklumkan Briged Esscom yang berpengkalan di Cenderawasih (Felda Sahabat).

"Anggota pertahanan dan keselamatan Esscom yang membabitkan satu platun masing-masing dari RAMD, Kemander tentera dan VAT 69 (polis) tela mengpung rumah itu sebelum menyerbu rumah yang disyaki kira-kira pukul 5.30 pagi", kata Mohammad.

Suspek telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu untk siasatan lanjut, katanya. Long Danau terletak tidak jauh dari Kampung tanduo yang merupakan medan pendaratan kumpulan penceroboh atau pengganas Sulu pada tahun lepas.
Baca Selengkapnya