DNA Khinzir Dalam Coklat Cadbury

DNA Khinzir Dalam Coklat Cadbury
Coklat Cabury Tidak Halal
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk. Dalam sebuah kenyataan hari ini, berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.

Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Milk dengan nombor kelompok (batch no) 200813Mo1H I2 yang bertarikh luput pada 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013No1R1 I1 yang bertarikh luput pada 15 January 2015.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir. Tambah Noor Hisyam, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn telah memberi jaminan akan menarik balik  produk-produk terbabit dari pasaran serta merta.

"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," katanya. Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Kesihatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmq

Sementara itu, Cadbury dalam facebook nya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia di sah kan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam  (JAKIM) -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan