Bendera kesultanan Sulu dipasang dirumah seorang lelaki yang diberkas dalam satu operasi dikampung Long Danau, Lahad Datu.
Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberikuasa ole "Sultan Sulu' untuk mengurus orang Suluk yang berada didaerah ini diberkas pada Selasa, di Kampung Long Danau, kra-kira 16km dari bandar Laad Datu.
Lelaki yang berusia 57 tahun itu ditahan 5.30 pagi, dalam operasi khas diselaraskan Kawasan Kelselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan Esscom.
Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek, berkata lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri boleh mempengaruhi semangat patriotik orang-orang Suluk yang sudah lama menetap atau menjadi warga negara dinegeri ini.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki yang hanya memiliki salinan kad pengenalan itu diatas faktor keselamatan.
Pihak Esscom mengesan bendera itu dipasang dirumah lelaki berkenaan semasa anggota keselamatan Esscom membuat rondaan 9 malam disitu Ahad lepas.
"Anggota kita yang membuat rondaan melihat ada bendera tersebut dipasang sisalah satu rumah dikampung tersebut yang telah menimbulkan rasa curiga dan berikutan dengan itu anggota keselamatan tersebut telah melaporkan perkara itu kepada Bahagian Pertahanan Esscom dan serusnya memaklumkan Briged Esscom yang berpengkalan di Cenderawasih (Felda Sahabat).
"Anggota pertahanan dan keselamatan Esscom yang membabitkan satu platun masing-masing dari RAMD, Kemander tentera dan VAT 69 (polis) tela mengpung rumah itu sebelum menyerbu rumah yang disyaki kira-kira pukul 5.30 pagi", kata Mohammad.
Suspek telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu untk siasatan lanjut, katanya. Long Danau terletak tidak jauh dari Kampung tanduo yang merupakan medan pendaratan kumpulan penceroboh atau pengganas Sulu pada tahun lepas. |
Catat Ulasan