Bluetin-21 MH370

Bluetin-21 MH370
Bluetin-21
Misi kesembilan kenderaan dalam air, Bluetin-21 dalam pencarian pesawat M370 akan bersambung hari ini, menurut Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Autralia.

"Pagi ini, Bluetin-21 melengkapkan misi kelapan dalam kawasan pencarian dalam air. Bluetin-21 sudah mencari di kira-kira satu perrtiga kawasan dalam air setakat ini. Tiada penemuan menarik setakat ini." menurut kenyataan JACC.

Menurut JACC, sehingga 10 pesawat tentera dan 11 kapal akan membantu dalam pencarian pesawat MH370 ari ini.

"Hari ini, Pihak Berkuasa Maritim Australia merancang pencarian secara visual di kawasan seluas 49.491 kilometer persegi. Pusat pencarian terletak 1,741 kilometer ke barat laut Australia." menurut kemyatan itu.

Cuaca dikawasan pencarian diramalkan kurang baik ari ini, terutama dibahagian utara kerana Siklon Tropika Jack terus bergerak menuju ke arah selatan