Kemalangan Maut

Kemalangan Maut
Motosikal mangsa telah bertembung dengan kereta yang dipandu seorang guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang, pada pukul 7.30 pagi tadi

SETIU, 16 MEI
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 2 Jalan Sungai Pinang, Kampung Jelapang disini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata mangsa Mohd Khalid Rusydan Hamat, 16 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalak di sini di percayai dalam perjalanan ke sekolahnya di sini.

Katanya, motosikal mangsa telah bertembug dengan kereta yang di pandu seorang guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang, pada pukul 7.30 pagi tadi. "Ketika kejadian motosikal mangsa sedang mendaki bukit sementara kereta berkenaan sedang menurun bukit lalu bertembung ditengah jalan dari arah bertentangan," katanya kepada Bernama disini hari ini.

Susulan dari kejadian itu mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di belakang kepala manakala guru berkenaan pula hanya mengalami cedera ringan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk di bedah siasat.

Sementara itu dalam kejadian berasingan seorang pejalan kaki warga emas maut selepas di langgar oleh sebuah motosikal di tunggangi oleh seorang remaja berusia 15 tahun, di Kilometer 69, Jalan Kuala Terngganu-Pemaisuri berhampiran Kampung Bukit Abal dekat sini jam 9.15 malam tadi.

Ab Rahman berkata, mangsa Wan Som Budin @ Wan Som Wan Nik. 73, dalam perjalanan pulang kerumahnya selepas selesai menunaikan solat Isyak di surau berhampiran.

Bagaimanapun mangsa yang parah meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira pukul 1.20 pagi tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan