Pesakit yang inginkan mendapat rawatan perlu membawa satu kilo limau nipis, garam dan lada hitam. |
Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan itu, di Permatang Pauh disini.
Turut di tahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelar dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 tahun dan 40 tahun.
Ketua Unit Penguatkuasaan JHEAIPP Khairul Azman Azlan berkata, pusat perubatan tradisional itu diserbu kerana didapati menjalankan rawatan bertentangan dengan hukum syarak. "Serbuan pada 11.30 malam dengan kerjasama penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis itu adalah hasil maklumat awam dan risikan sejak enam bulan lepas", katanya pada sidang akhbar.
Beliau berkata susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pengurus bagi cawangan pusat perubatan berkenaan di Seberang Jaya disini, awal pagi ini.
Khairul Azman berkata siasatan mendapati pusat perubatan itu menyediakan rawatan untuk pelbagai penyakit berkaitan roh dan saka yang bertentangan dengan hukum syarak. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan perlu membawa satu kilo limau nipis, garam kasar dan lada hitam katanya.
Beliau berkata pesakit tidak dikenakan bayaran sebaliknya prlu bersedekah atau memberi hadiah kepada 'ustaz' yang merawat penyakit. Khairul Azman berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk tujuan perubatan seperti cincin, minyak wangi termasuk beberapa buah buku untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata siasatan itu juga, mendapat pusat rawatan tradisional itu turut menyediakan 'pengijazahan' dengan bayaran 'fidiyah' RM950 dan individu yang tidak berkemampuan masih berpeluang mendapat 'ijazah' itu dengan berpuasa selama 15 tahun tanpa henti walaupun pada hari-hari tasyrik (hari diharamkan berpuasa)
"Kami dapati syarat yang dikenakan bertentangan dengan ajaran islam dan serbuan dibuat bagi mengelakkan lebih ramai terjebak dalam kegiatan ini. Lebih mengelirukan, ustaz terbabit mengaku dirinya sebagai ketua para wali dan boleh menyeru roh Nabi Muhammad SAW serta para malaikat menerusi perantaraan," katanya.
Khairul Azman berkata pengasas pusat perubatan itu di siasat mengikut Seksyen 4,6 dan 13 Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 kerana mengamalkan dan menyebarkan doktrin palsu, menggelarkan dirinya sebagai wali serta memiliki bahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.
"Seorang lelaki dan dua wanita disiasat menurut Seksyen 43 Enakmen sama ats tuduhan bersubahat. Siasatan lanjut masih dijalankan,"katanya.
Catat Ulasan