Thailand Gagal Lindungi Keselamatan Rakyat

Thailand Gagal Lindungi Keselamatan Rakyat
Pihak keselamatan juga mempertimbangkan kembali perlaksanaan tugas mengawal keselamatan dalam kawasan bandar supaya lebih selemat - Gambar Bangkok Post

Yala 13 Mei
Tempat-tempat kegiatan ekonomi yang menjadi sasaran pengeboman dan keganasan di selatan Thailand bertujuan untuk menunjukkan bahawa kerajaan tidak dapat melindungi rakyat, kata seorang pegawai tentera.

Leftenan General Valid Rothchanapakdee, Komander tentera ke-4 di Selatan Thailand berkata kalau ekonomi dalam kawasan terlibat merosot rakyat pun susah.

Maka dalam insiden berkenaan, tindakan segera yang diambil ialah membayar pampasan kepada mangsa dan mencari orang yang bertanggungjawab melakukan pengeboman supaya dapat dihadapkan ke mahkamah, kata beliau.

Pihak keselamatan juga mempertimbangkan kembali perlaksanaan tugas mengawal keselamtan  dalam kawasan bandar supaya lebih selamat. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengeboman di wilayah Yala dan Narathiwat yang berlaku dari malam tadi hingga pagi ini dengan berbelas bom yang diletupkan.

Permiserniagaan dan juga sekolah serta hospital adalah diantara sasaran serangan pengeboman terancang tersebut dengan sekurang-kurangnya seorang maut dan sembilan cedera. Seorang Pegawai Bomba, Naris Yusof berkata kebakaran berlaku kerana bon itu diletakkan bersama bahan api.

Beliau berkata di Sungai Padi, tiga kereta bomba dihantar untuk memadam api, tetapi hanya satu berjaya sempat sampai ke tempat kejadian kerana dua lagi disekat oleh pengganas. Beliau berkata ada juga percubaan membakar balai bomba tapi gagal.

Di wilayah Yala, 13 kejadian serangan ke atas permis perniagaan dan sekolah berlaku, iaitu 10 dengan bom yang diletupkan, satu tembakkan menggunakan peluru M79 dan kejadian membakar tayar.

Di Narathiwat, 12 bom yang di letupkan, empat berjaya dimatikan, dan dua buah sekola tela dibakar. Di Sungai Golok, lapan butir bom meletup manakala empat lagi dapat dimatikan dan empat butir bom meletup di pekan Takbai.

Pada jam tiga pagi tadi, serangan bom turut dilakukan di Bandar Sungai Golok yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan, dengan sasaran adalah pusat membeli belah. Di Sungai Padi, dua kebakaran berlaku akibat letupan bom, dua sekolah kerajaan dibakar manakala dua gudang stor di bom menyebabkan kebaran.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan