Tindakan Yang Rugikan Diri Sendiri

Tindakan Yang Rugikan Diri Sendiri
Pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma Go KL pada 2012m - Foto says.com
 
KUALA LUMPUR 8 JUNE:
Suruhanjaya perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap 33 pemanmdu teksi yang dikenal pasti menyertai demontrasi di Bukut Bintang pada Rabu lalu.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya  Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) bagi mengenal pasti pemandu teksi lain yang turut menyertai demontrasi itu sehingga menghalang lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak de benarkan serta mengganggu ketenteraman awam.
 
"SPAD memandang serius sikap pemandu tersebut dan tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi yang terlibat akan diambil," katanya kepada media pada Ahad.
 
Beliau mengikatkan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demontrasi yang menyalahi undang-undang.
 
"Demontrasi yang merupakan kali kedua dilakukan kumpulan teksi Bukit Bintang itu menyebabkan trafik di kawasan berkenaan sesak selama tiga jam selepas demontrasi yang pertama dua tahun lalu," katanya.
 
Pada Rabu lalu pemandu teksi mengadakan demontrasi itu kerana dipercayai tidak puas hati berhubung isu penguatkuasaan. Pada 2012, pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma GO KL yang didakwa mengganggu perkhidmatan mereka terutamanya kekurangan penumpang di kalangan pelancong.
 
Nah..tanggunglah akibatnya kerana bertindak yang tidak kena pada tempatnya (Aneka Post)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan