PAS Buta Matermatik 2x5 Pun Tak Tahu Jawapannya

PAS Buta Matermatik 2x5 Pun Tak Tahu Jawapannya
Isu Hudud menjadi faktor calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tewas di PRK Teluk Intan, Kata Ahli Parlimen Pucong Gobind Singh Deo.
 
PAS Buta Matermatik 2x5 Pun Tak Tahu Jawapannya
 
Tajuk diatas sememangnya tepat dan tidak boleh dipertikaikan, ditambah lagi PAS bermata batu dan berfikiran sempit tidak dapat mensesuaikan diri dimana hala tuju untuk berpijak di bumi nyata. Baca keratan sebuah akhbar akan kenyataan  Ahli Parlimen Pucong di bawah ini.
 
Pemimpin DAP, Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu perlaksaan undang-undang Hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Haram (PR), PAS sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.
 
Gobind berkata, beliau tidak menolak wujud undi protes yang berpunca daripada kemelut melibatkan undang-undang kontroversi tersebut. "Ini mungkin hasil daripada undi protes secara senyap menentang  Pakatan Haram (PR)", kata ahli Parlimen Pucong itu dalam satu kenyataan hari ini.
 
Katanya, DAP hilang 25% undi bukan Melayu dalam analisis awal yang dijalankan dan peratusan keluar mengundi rendah menunjukkan dengan jelas faktor luaran lain menymbang pada kekalahan mereka.
 
"Saya berpendapat kontroversi melibatkan perlaksanaan Hudud oleh PAS menyumbang secara signifikan  kekalahan kami di Teluk Intan," katanya. Gobind mempertahankan keputusan meletak calon Melayu, Dyana Sofya di teluk Intan sebagai strategi yang tepat, bagaimanapun ia masih tidak memadai kerana rakan komponen  PR berbaza pendapat dalam isu hudud.
 
"Strategi dalam memilih calon dan visi masa depan semata-mata tidak boleh mengaburi isu semasa yang mendapat perhatian orang ramai seperti hudud," katanya. Beliau juga menyatakan kebimbangan sekiranya isu undang-undang Islam itu tidak diselesaikan dengan segera, ia akan menyebabkan PR menerima  kesan lebih buruk selepas ini.
 
Isu Hudud kembali menjadi topik selepas Kerajaan PAS Kelantan bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dan bercadang membawa usul 'persendirian' ke Dewan Rakyat untuk mendapat restu sebelum melaksanakannya.
 
PESANAN KEPADA AHLUL-AHLUL PAS BUKALAH MATA DAN MINDA ANDA, SEDARLAH DIMANA LANGIT DIJUNJUNG DISITU BUMI BERPIJAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan