Motif Yang Mungkin Tidak Terungkai

Motif Yang mungkin Tidak Terungkai
Suspek yang membunuh kanak-kanak berusia 18 bulan dijumpai mati didalam sungai Klang.
Motif pembunuhan seorang kanak-kanak berusia 18 bulan yang dikenali sebagai Siti Soffea Emelda Abdullah di tepi sungai Klang mungkin tidak akan terjawab, kerana suspek yang membunuh kanak-kanak tersebut telah dijumpai mati ditepi sungai yang sama.

Menurut sebuah akhbar tempatan, bapa kepada kanak-kanak malang itu pernah dipenjara bersama suspek berkenaan. memetik satu kenyataan sumber polis, dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan polis keatas ibu Soffea, Siti Salmy Shuib, 32 tahun. Beliau berkata suspek pernah dipenjara Kajang dan dibebaskan beberapa tahun yang lalu.

Sumber tersebut turut berkata, suspek adalah anak seorang lelaki eknik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur. "ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak penjara.

Penulis agak musykil juga tentang gambar suspek yang mati terapung didalam sungai dengan gambar yang dirakam oleh CCTV. Walaupun muka tidak jelas antara CCTV dengan mayat yang terapung, tapi kita dapat bezakan pakaian antara keduanya berlainan sama-sekali. (maaf, penulis tidak dapat muat naikkan rakaman CCTV tersebut kerana takut bercanggah)
 
Motif Yang Mungkin Tidak Terungkai
Mayat kanak-kanak kecil berusia 18 bulan yang ditemui ditepi sungai Klang dikenali sebagai Siti soffea Emelda Abdullah.

Ini hanyalah pandangan penulis sahaja, adalah kita harapkan dengan siasatan pihak polis berjaya merungkai akan motif pembunuhan terhadap kanak-kanak malang yang tidak berdosa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan