Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur diruang tamu. Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkuan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubuhnya diraba suspek sebelum dia menjerit.
"Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila beberapa penghuni di kawasan itu tiba dirumah berkenaan. "Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkan tersembam disimen danmengalami kecederan teruk dimuka", katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini suspek sudah dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keselamatan kerana mencabul.
Catat Ulasan