Nabila Huda Selebriti Paling Seksi

Nabila Huda Selebriti Paling Seksi
Telah dinobatkan Selebriti Paling seksi "Anugerah Stail Eh! 2014
 Sebelum ini pernah kedengaran, hubungan anak-beranak Nabila Huda dan bapanya Amy Search tidak begitu baik kerana Amy dikatakan terasa hati dengan sikap Nabila. Bagaimanapun baik Amy atau pun Nabila tidak pernah mengulas lanjut setiap kali diajukan soalan berhubung perkara ini.

Ketika ditemui di Klinik Pakar Ko, Klang, Selangor pada Selasa, Amy enggan mengulas lanjut. Lelaki berusia 56 tahun itu hanya memberikan jawapan ringkas dengan memberi tahu hubungannya dengan Nabila baik-baik sahaja.

Ketika diminta mengulas tentang Nabila atau panggilan mesranya Abil yang semakin seksi sehingga dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi, Anugerah Stail Eh! 2014, penyanyi rock ini dilihat agak kurang selesa. Walau bagaimanapun beliau tetap memberi komen.

"Saya seorang bapa, sudah tentu saya menegur dia (Nabila) tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawabnya sendiri, saya hanya boleh menasihati," ujar Amy.


Nabila Huda Selebriti Paling Seksi
Penyanyi rock Amy Search
  Hanya pandangan penukis (Aneka Post)
Sepatutnya sebagai seorang bapa Amy boleh memberi jawapan yang lebih baik dari apa yang telah dikatakan oleh nya itu, kerana kenyataan secara terbuka itu dilihat tidak tegas, ianya dilihat seakan-akan memberi galakan pula..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan