Modal Ada Tapi Dah Kontot

Modal Ada Tapi Dah Kontot
Kemaluan lelaki warga Kanada ini dikatakan pendek tiga sentimeter selepas pembedahan
Seorang lelaki mendakwa pembedahan keatas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter. Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan ubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberi tahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sakit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah ransangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga tahun baharu pihak hospital memaklumkan retak dan perlu di bedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki bersasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.

Sian nya nasib lelaki ini ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan