Kalimah Allah Hanya Milik Islam

Kalimah Allah Hanya Miik Islam
Sebahagian daripada ahli badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Kehakiman untuk mendegar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Gereja Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah - Foto TRP, Daniel Chan.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk dapat kebenaran rayu penggunaan kalimah Allah dalam 'The Herald'.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim dalam kes itu.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya membenarkan permohonan dibuat oleh Gereja Katolik kerana keputusan Mahkamah Rayuan adalah tepat.

Malah katanya, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan