Manusia Yang Berlidah Biawak

*r
/Manusia Yang Berlidah Biawak
Anda boleh tipu orang Tapi anda tak boleh tipu diri sendiri
Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud yang mengaku sebagai peguam dilaporkan sebenarnya menipu mengenai kelayakan beliau itu. Ekoran pengakuan Dyana itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan mengecam pembohongan Dyana itu. Dyana-Bar-Council.

"Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalan Peguam" kata Haesreena yang dipetik portal televisyen web (web tv), Suara TV.

Haesreena menjelaskan, seseorang yang hanya memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang tetapi tidak melaksanakan tugas harian sebagai seorang peguam, atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam bukanlah peguam, malah tidak boleh diketegorikan sebagai peguam.

Beliau juga merupakan seorang pengamal undan-undang berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh. "Pada saya sekiranya calon tidak berterus terang berkenaan profesyen beliau secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

"Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukanya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesyen guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam" tegas Haesreena lagi.

Turut mempertikaikan kelayakan yang mengaku peguam Dyana ialah penasihat undang-undang Persatuan Kebajikan Shah Alam, Ahmad soffian Mohd Shariff.

Manusia Yang Berlidah Biawak
Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP terpaksa jadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawab soalan media.
Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP kelihatan terpaksa menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawab soalan media. Soffian, 27, berkata, seorang peguam wajib berdaftar dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk beramal dalam profesyen  itu dan mewakili mana-mana pihak atau individu.

"Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai 'non-practising lawyer'. "Untuk makluman 'non-practising lawyer".

"Untuk makluman 'non-practising lawyer' bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja. "Macam mana nak kata dia  peguam, sedangkan dia tidak mengamal undang-undang?" katanya juga dilaporkan portal tv web Suara TV.

Soffian yang juga graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, secara dasarnya mana-mana firma guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja.

"Sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi. "Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.

"Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggil sebagai seorang peguam," tegas Soffian. Dyana sebelum ini mendakwa beliau seorang peguam namun sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberi fokus dalam bidang politik.

"Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah dipanggil non-practicing lawyer dan saya (seorang peguam") kata Dyana mengatakan beliau menjadi peguam pada tahun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan