Gunung Berapi Indonesia Meletus

Gunung Berapi Indonasia Meletus

MELBOURNE, (Bernama) - Pihak Perkhidmatan Udara Autralia mula melencung penerbangan pesawat antarabangsa bagi mengelak asap tebal yang berlaku dari letupan gunung berapi Indonesia. sekurangnya tiga kali sejak Jumaat lalu.

Australian Associated Press melaporkan penerbangan dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin tela dibatalkan hari ini (Sabtu) kerana debu merentasi kawasan Top End dan menghala ke alice Springs. Truss berkata debu berlaku antara 6 hingga 13 kilometer di atmosfera dan sedang menghala ke barat daya utara Australia.

"Bergantung kepada keadaan angin dan cuaca, debu boleh menjejaskan penerbangan dari dan menuju ke lapangan terbang lain termasuk Brisbane, dalam tempoh beberapa hari ini. Ia sedang dipantau sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan Udara Australia, Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam dan Biro Meteorologi sedang memantau debu. Para penumpang diminta mendapat maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan