Lagi Kes Pemandu Bas Ekspres Mengambil Dadah

Lagi Kes Pemandu Bas Ekspre Mengambil Dadah
Gejala pengambilan dadah perlu dibendung kerana bas yang dipandu laju boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa penumpang.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan mengesan tred baharu pemandu bas khususnya bas ekspres yang mengubah pengambilan dadah jenis ganja kepada syabu berikutan kesan pengambilannya  yang lebih lama.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan. Saiful Azzri Hamzah berkata pemandu bas terbabit mengambil dadah tersebut bagi membolehkan mereka memandu bas lebih lama untuk mengejar trip perjalanan, selain ia senang disembunyikan.

"Itu adalah antara alasan yang diberikan pemandu bas apabila ditahan pihak berkuasa selepas didapati positif dadah hasil ujian air kencing. dadah sintetik atau apa pun syabu ini apabila diambil menyebabkan individu yang mengambilnya bole tahan berjam-jam.

Seperti mana yang kta ketahui, sebahagian atau pun segelintir daripada pemandu bas ekspres ini mengejar trip. itu sebabnya ada pemandu bas ekspres ini membawa laju untuk mengejar trip," katanya selepas operasi bersepadu 'Operasi Bas Ekspres' oleh JPJ dan AADK di Terminal 1.

Katanya gejala ini sangat membimbangkan dan perlu dibendung kerana apabila bas dipandu laju ia boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa penumpang.

Katanya sepanjang operasi yang bermula 21 April lalu hingga malam tadi, sebanyak 114 bas dan 299 pemandu bas diperiksa dan daripada jumlah pemandu yang diperiksa, tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.

"ketiga-tiga pemandu yang berumur 30 hingga 45 tahun telah ditahan dalam operasi di stesen bas terminal 1. Tindakan tegas mengikut Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan bahan terlarang itu dengan membatalkan lesen pemanduan mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan