Erma Diberi Teguran

Erma Diberi Teguran
Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adengan berkemban dalam filem Tahta sebagai tidak wajar. Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertahakan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih resional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adingan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia. "kenap mesti ada adengan yang melanggar nilai kita(orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contanya filem Children of Heaven. Adengan itu boleh di sampaikan dengan cara lain", katanya.

"Saya meminta dia perbetulkan balik kenyataannya, saya rasa caranya mempertahankan adengan itu tidak kena", nasihatnya. Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensiviti sebegitu perlu di jaga. Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adengan sebegitu.

Sebelum ini ema memuat naik gambar beberapa pelakonnya dalam filem terbarunya, Tahta. Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adengan itu tidak sesuai untuk di pertontonkan. Ia mengundang kontrovesi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

Mengulas mengenainya,  Dr. Asri berkata, mungkin Erma di dorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu."Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis sebegitu..mungkin dia sedang beremosi siapa yang mahu masuk neraka? katanya. Dalam pada itu beliau turut menasiahti penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang di tonjolkan harus ada perbezaan denga filem barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adengan yang melanggar nilai agama. "Semua orang mahu mengekalkan identiti malah yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka". katanya kepada The Royal Post.