Empat Pemandu Bas Positif Dadah

Empat Pemandu Bas Positif Dadah
JPJ menahan empat pemandu bas ekspres di tiga negeri sejak selasa lalu, selepas ujian air kencing mereka di dapati positif dadah.

Empat pemandu bas ekspres yang didapati positif dadah, ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak ujian air kencing terhadap pemandu bas dimulakan selasa lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad , berkata daripada kira-kira 622 pemandu yang diperiksa distesen bas ekspres seluruh negara, dua ditahan di Negeri Sembilan serta masing-masing sorang di Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

"Kesemua pemandu yang positif dadah dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan buat sementara waktu ini, kita gantung lesen mereka," katanya. selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Utara pada Sabtu.

Mereka akan disiasat mengikut seksyen 36 Akta Pengangkuta  Jalan 1987.

Jelasnya, JPJ turut mengarahkan anggotanya menyamar sebagai penumpang bas ekspres untuk merekodkan kesalahan pemandu sepanjang menuju destinasi ditetapkan.

"Jika pemandu melakukan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu, mereka akan disaman sejurus tiba distesen bas." katanya. JPJ juga turut menempatkan anggotanya dikawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi memeriksa sama ada pemandu pertama dan kedua mengambil giliran masing-masing selepas memulakan perjalanan 300km dari stesen.

Sementara itu, Ismail berkata, pendaftaran kenderaan baru boleh dibuat secara dalam talian mualai 1 Mei nanti, sekaligus memudahkan pembeli kereta tanpa perlu ke kaunter JPJ. Bagi fasa pertama, empat model terbabit, iaitu Proton, Perodua, Honda dan Toyota.

Katanya, pemilik kenderaan baru juga boleh meliat nombor pendaftaran secara dalam talian, tetapi mereka perlu mendaftar terlebih dahulu si laman sesawang JPJ sebelum boleh berbuat demikian.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan